Tuesday, July 26, 2011

Sistem Lampu Isyarat Pintar

Setiap hari aku terpaksa tempuhi beberapa lampu isyarat dalam perjalanan pegi dan balik dari kerja. Ada kalanya aku sanggup ambil jalan lebih jauh sewaktu ke kerja semata-mata untuk elak lampu isyarat.
Tapi yang aku nak bincangkan di sini adalah tentang beberapa lampu isyarat yang telah "pintar" dan reaksi yang sepatutnya dilakukan oleh pemandu apabila menghampirinya. Salah satu lampu isyarat "pintar" yang dimaksudkan terdapat di persimpangan jalan masuk ke IPG tempat kerja aku.
Kadangkala sewaktu balik kerja aku lihat bilangan kereta dari arah Putrajaya yang amat banyak; sehingga sampai ke jambatan berhampiran stesyen PETRONAS. Puncanya adalah lampu isyarat untuk jalan itu tak pernah bertukar hijau. Yang hairannya, pemandu paling hadapan [Maaf: selalunya wanita] nampak macam tak kisah, sedangkan pemandu di belakang telah membunyikan "horn" berulang kali.
Pemandu-pemandu tersebut tidak sedar [tiada pengetahuan?] bahawa selagi mereka tidak "melanggar" "sensor" yang berupa seperti garis berbentuk segi empat, maka selagi itu lampu isyarat tidak akan bertukar hijau. Sistem lampu isyarat telah di"program" agar tidak bertukar hijau jika "tiada kenderaan" agar kenderaan-kenderaan dari simpang lain terus lancar perjalanannya.
Pengajaran:;
1. Semua pemandu perlu lajakkan sedikit kenderaan ke hadapan ketika menghampiri lampu isyarat agar dapat mengaktifkan "sensor" tersebut.
2. Kontraktor yang menyediakan "sensor" perlu pandai menentukan lokasi "sensor" tersebut agar secara "otomatik" pemandu "melanggarnya" apabila menghampiri sesuatu kawasan lampu isyarat.

Thursday, March 31, 2011

Tuesday, October 13, 2009

Bersedekah


Dah lama tak sedekah yang ni.... Bersedekah yan ni tak perlu pendapatan bulanan 4 atau 5 digit. Asalkan badan sihat dan tak puasa, sedekah diterima. Jadi bila ada kempen, aku tidak ketinggalan ambil peluang. Aku hanya berupaya bersedekah jenis "A"

Saturday, October 3, 2009